Tentera Laut Russia uji peluru berpandu di Selat Inggeris

Tentera Laut Russia uji peluru berpandu Hipersonik Zircon di Selat Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Fregat Tentera Laut Russia yang dilengkapi dengan peluru berpandu hipersonik generasi baharu menjalani latihan di Selat Inggeris dan kini melaksanakan tugas di Lautan Atlantik, lapor agensi berita Russia.

Kru fregat tersebut, yang dilengkapi dengan peluru berpandu hipersonik anti-kapal Zircon (Tsirkon), mengadakan latihan anti-keganasan dengan menangkis serangan dron udara dan laut dari musuh tiruan.

“Fregat Armada Utara, Admiral Golovko menamatkan perjalanannya melalui Selat Inggeris dan kini meneruskan misi di kawasan-kawasan yang ditetapkan di Lautan Atlantik,” menurut kenyataan dari perkhidmatan media Armada Utara yang dipetik oleh agensi berita RIA.

Ini merupakan pelayaran jarak jauh pertama bagi fregat serba boleh tersebut sejak diterima masuk ke dalam Tentera Laut Rusia pada Disember 2023, lapor agensi berita TASS.

Kapal tersebut berlepas dari pangkalan utamanya di Rusia utara pada 2 November lalu.

Sebelum kapal tersebut memasuki perkhidmatan, Menteri Pertahanan ketika itu, Sergei Shoigu berkata, kapal perang itu akan dilengkapi dengan peluru berpandu Zircon.

Peluru berpandu hipersonik Zircon berasaskan laut ini mempunyai jarak maksimum 900 km dan mampu bergerak dengan kelajuan beberapa kali ganda kelajuan bunyi, menjadikannya sukar untuk dipertahankan.

Atas arahan Presiden Vladimir Putin pada 2023, Russia memulakan penghantaran peluru berpandu Zircon secara besar-besaran sebagai sebahagian daripada usaha negara itu untuk memperkukuh kekuatan nuklearnya.

Bersama dengan kenderaan gelungsur hipersonik Avangard yang mula bertugas pada 2019, Zircon menjadi teras dalam senjata hipersonik Russia.

Russia melihat senjata ini sebagai cara untuk menembusi pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat yang semakin canggih, dengan Putin memberi amaran suatu hari nanti peluru berpandu nuklear Russia mungkin ditembak jatuh oleh pertahanan tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya