Tang Jie-Ee Wei cemas sebelum mara

Tang Jie-Ee Wei cemas sebelum mara

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mempamerkan aksi kebangkitan yang penuh dramatik apabila mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Masters China di Arena Shenzen, sebentar tadi.

Memiliki kelebihan sebagai pilihan keempat kejohanan, Tang Jie-Ee Wei terpaksa menerima tentangan sengit apabila set pertama memihak kepada pasangan tuan rumah, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui 21-14.

Set kedua kelihatan beregu No. 10 dunia itu kelihatan semakin goyah apabila lawannya mendahului 1-12 dan kemudian 11-20, namun Tang Jie-Ee Wei enggan menyerah sekali gus bangkit untuk mengatasi 23-21 untuk mengheret ke set penentuan.

Momentum kemenangan pada set kedua menjadi pembakar semangat buat beregu negara selepas mendahului 11-8 sebelum menoktahkan kemenangan 21-16.

Tang Jie-Ee Wei selepas ini akan berdepan cabaran yang berliku selepas dijadualkan menentang pasangan tuan rumah yang juga pilihan utama kejohanan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping bagi penentuan ke perlawanan akhir China Masters 2024.

Juga turut mara, beregu campuran meningkat naik negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin selepas menumpaskan pasangan Taiwan pada aksi suku akhir Masters China, sebentar tadi.

Beregu No. 23 dunia itu dengan mudah mengatasi Chen Cheng Kuan-Hsu Yin-Hui menerusi keputusan straight set 10-21, 16-21.

Pang Ron-Su Yin akan mengharungi ujian getir selepas dijadualkan menentang pilihan ketiga dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet pada aksi separuh akhir, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya