Skuad hoki wanita negara kena belasah

Skuad hoki wanita negara kena belasah

PEMAIN hoki wanita negara mempertahankan pintu gol ketika India melakukan pukulan sudut penalti dalam kempen kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Stadium Hoki Rajgir, India hari ini. - Ihsan AHF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara memulakan kempen kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) dengan langkah kiri apabila kalah 4-0 kepada India di Stadium Hoki Rajgir, India, sebentar tadi.

Turun selaku juara bertahan, tuan rumah tidak menunggu lama untuk berada di depan selepas Sangita Kumari menjaringkan gol pada minit kelapan menerusi pukulan sudut penalti.

Bersambung suku ketiga menyaksikan tuan rumah semakin ghairah menggandakan jaringan apabila Preeti Dubey dan Udita masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-43 dan minit ke-44.

Skuad kendalian Harendra Singh itu memperoleh gol keempat selepas Sangita menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-55.

Skuad kendalian Nasihin Nubli akan bertemu China pada aksi kedua kejohanan di venue yang sama, esok.

Terdahulu, China membelasah Thailand 15-0 dalam satu lagi aksi kejohanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya