Sivasangari mudah atasi Aifa

Sivasangari mudah atasi Aifa

PEMAIN skuasy negara, S. Sivasangari (kanan), ketika menentang rakan senegara, Aifa Azman pada perlawanan suku akhir Piala Skuasy Malaysia 2024, di sini hari ini. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita No. 1 negara, S. Sivasangari meneruskan rekod tanpa kalahnya di laman sendiri apabila menyingkirkan rakan senegara, pada aksi suku akhir Piala Skuasy Malaysia 2024, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan utama kejohanan, Sivasangari mudah mengatasi Aifa Azman menerusi keputusan straight set 3-0 (11-9, 11-3, 11-6) di gelanggang kaca di sebuah pusat membeli belah ibu kota.

Kemenangan tersebut meneruskan rentaknya untuk menempah tempat di separuh akhir untuk mengaturkan pertemuan dengan pemain Scotland, Georgia Adderley bagi penentuan ke final, esok.

Pemain berusia 25 tahun itu melanjutkan rekod kemenangannya kepada 4-0 dalam empat pertemuan terakhir sebelum ini.

Untuk rekod, kali terakhir Sivasangari bertemu Aifa adalah menerusi aksi suku akhir Terbuka Malaysia 2017 dengan keputusan 3-0 (11-9, 11-4, 11-3).

Terdahulu, langkah Aira Azman terhenti apabila Adderley menunjukkan jalan keluar dengan keputusan 3-1 (4-11, 7-11, 13-11, 7-11), tengah hari tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya