Singapura gantung tiga pengedar dadah dalam seminggu

Singapura gantung tiga pengedar dadah dalam seminggu

UNDANG-undang Singapura menetapkan individu yang mengedar lebih 500 gram ganja atau 15 gram heroin boleh berdepan hukuman mati.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Singapura melaksanakan hukuman gantung ketiga terhadap pengedar dadah yang disabitkan kesalahan dalam seminggu, walaupun terdapat rayuan untuk pengampunan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rosman Abdullah, 55, dihukum mati kerana mengedar 57.43 gram heroin ke negara itu, kata Agensi Penguatkuasaan Dadah Singapura, Jumaat lalu.

Tertuduh warganegara Singapura, diberikan proses sewajarnya mengikut undang-undang dan diwakili oleh peguam sepanjang proses tersebut, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB). 

“Hukuman mati dikenakan hanya untuk jenayah paling serius, seperti pengedaran dadah dalam kuantiti besar yang memberi mudarat, bukan sahaja kepada individu yang menyalahguna dadah, tetapi juga keluarga serta masyarakat,” kata CNB.

Sebelum ini, Pakar PBB meminta pihak berkuasa Singapura untuk membebaskan Rosman, dengan alasan hukuman mati tidak berkesan bagi mencegah jenayah dan pihak berkuasa tidak menyediakan kemudahan sewajarnya terhadap kecacatan intelektualnya.

“Kami sangat bimbang kerana Rosman Abdullah tidak mempunyai akses kepada kemudahan prosedur, termasuk bantuan individu, untuk kecacatannya semasa disoal siasat atau perbicaraan,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Rabu lalu.

Amnesty International mengecam hukuman gantung yang dikenakan terhadap Rosman dan menyifatkan tindakan itu ‘ngeri’ serta sangat membimbangkan.

Hukuman gantung Rosman di Penjara Changi berlaku tepat seminggu selepas pelaksanaan hukuman terhadap warga Malaysia berusia 39 tahun dan warga Singapura berusia 53 tahun kerana mengedar dadah.

Walaupun terkenal sebagai negara moden dan pusat perniagaan antarabangsa, Singapura termasuk dalam beberapa negara seperti China dan Korea Utara, yang masih mengenakan hukuman mati bagi kesalahan dadah.

Di bawah undang-undang negara itu, individu yang mengedar lebih 500 gram ganja atau 15 gram heroin, boleh berdepan hukuman mati mandatori.- AL JAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya