Sesi latihan anggota penyelamat berjaya insiden Cruise terbakar

Sesi latihan anggota penyelamat berjaya insiden Cruise terbakar

LATIHAN Amal Pengurusan Bencana, DMEX - OPS Cruise Putrajaya 2024 di Kelab Tasik Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga lemas, manakala enam individu terperangkap apabila sebuah cruise tasik terbakar berdekatan Kelab Tasik Putrajaya di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, cruise berkenaan dalam perjalanan membawa 47 penumpang termasuk kru kapal.

Seorang mangsa yang lemas adalah orang awam yang cuba menyelamatkan mangsa di dalam kapal itu manakala, dua lagi mangsa lemas adalah penumpang kapal berkenaan.

Detik ‘cemas’ itu bagaimanapun bukanlah insiden sebenar sebaliknya sesi latihan bersama membabitkan agensi penyelamat di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Putrajaya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya, Ashari Johari berkata, latihan bersama yang dilaksanakan bertujuan mempersiapkan semua agensi penyelamat di bawah JBPD Putrajaya jika berlaku kejadian tidak diingini pada masa hadapan.

Beliau berkata, sesi latihan itu dibuat bagi memastikan tahap kesiapsagaan semua agensi penyelamat daripada segi keanggotaan, pengurusan, jentera serta perancangan tindak balas pantas dapat dilaksanakan dengan cemelang.

“Semua perancangan dan aksi menyelamat pada sesi latihan kali ini dapat digerakkan dengan baik bagi mengatasi kejadian kebakaran melibatkan ‘vassel’ di atas air.

“Apa yang menarik, sesi latihan yang terkandung dalam Perkara 13 Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) 01 ini dapat dilaksanakan di atas air dan mencapai objektif ditetapkan,” katanya ketika ditemui Program Disaster Management Exercise (DMEx) – Ops Cruise Putrajaya Tahun 2024 di Kelab Tasik Putrajaya, di sini.

Katanya, latihan penyelamatan bersepadu pertama kali dijalankan, namun ia berjaya dikendalikan dengan baik dan dilihat mencabar anggota penyelamat.

“Sebanyak sembilan agensi penyelamat terlibat dalam latihan tersebut dengan penglibatan 216 peserta termasuk urusetia dibantu pelajar-pelajar universiti,” katanya.

Sementara itu, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, setakat ini, belum pernah berlaku sebarang insiden kebakaran kapal persiaran, bot atau seumpamanya sepanjang pembukaan Putrajaya ini.

Namun, katanya, perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana risiko seperti ini tetap wujud. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya