Serangan udara Israel di Lubnan ragut 40 nyawa - Utusan Malaysia

Serangan udara Israel di Lubnan ragut 40 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Serangan udara Israel di Lubnan dalam tempoh sehari lalu, meragut sekurang-kurangnya 40 nyawa termasuk beberapa kanak-kanak, menurut pihak berkuasa Lubnan pada Sabtu.

Malam sebelumnya, kawasan pinggir selatan ibu kota Beirut dibedil hebat oleh Israel.

Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan terbunuh di bandar pantai Tyre pada lewat Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, termasuk dua kanak-kanak.

Sebelum serangan pada Jumaat, tentera Israel mengarahkan penduduk di sebahagian kawasan bandar itu supaya berpindah, tetapi tiada arahan baharu dikeluarkan oleh jurucakap tentera Israel di platform media sosial X.

Operasi menyelamat masih diteruskan, dan beberapa anggota tubuh mangsa yang ditemukan akan menjalani ujian DNA untuk pengesahan identiti, tambah kementerian itu.

Di bandar-bandar berhampiran, serangan pada Sabtu mengorbankan 13 orang, termasuk tujuh petugas perubatan dari kumpulan penyelamat yang bersekutu dengan Hezbollah dan sekutunya, Amal, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Sekurang-kurangnya 20 orang lagi terbunuh dalam serangan Israel di kawasan timur sekitar bandar bersejarah Baalbek pada hari sama.

Tentera Israel berkata, pihaknya mensasarkan infrastruktur Hezbollah di kawasan Tyre dan Baalbek, termasuk pejuang, pangsapuri operasi, dan tempat simpanan senjata.

Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan sekurang-kurangnya 3,136 orang terkorban dan mencederakan 13,979 yang lain di Lubnan sejak tahun lalu, termasuk 619 wanita dan 194 kanak-kanak.

Israel dan Hezbollah bertempur sejak Oktober 2023, tetapi konflik tersebut meningkat dengan ketara sejak akhir September tahun ini.

Israel memperhebatkan dan meluaskan kempen pengeboman, manakala Hezbollah pula meningkatkan serangan roket dan dron harian terhadap Israel.– REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya