Serangan Israel di Khan Younis korbankan 37 penduduk Gaza

Serangan Israel di Khan Younis korbankan 37 penduduk Gaza

PENDUDUK Palestin berjalan di sepanjang jalan yang musnah di Khan Younis, selatan Gaza. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA : Seramai tujuh orang terbunuh akibat serangan udara Israel di sebuah kafe berhampiran bandar Khan Younis di selatan Gaza, pada Isnin.

Petugas perubatan Palestin berkata, ia sekaligus menjadikan jumlah kematian akibat serangan Israel sejak malam Ahad meningkat 37 orang.

Di tengah Gaza, tentera Israel sebelum itu menghantar kereta kebal memasuki kem Nuseirat dari arah barat, mencetuskan panik dalam kalangan penduduk serta keluarga yang dipindahkan apabila kereta kebal melepaskan tembakan.

Sebanyak 20 orang terbunuh akibat serangan udara dan darat di Nuseirat, salah satu daripada lapan kem pelarian bersejarah di Gaza, sepanjang malam hingga ke pagi Isnin, termasuk di kem khemah, kata pegawai kesihatan di Hospital Al-Awda di Nuseirat.

Perang di Gaza yang kini memasuki bulan ke-14, menyaksikan Israel memberi tumpuan kepada operasi di utara dan pusat wilayah Gaza dalam yang disebut sebagai kempen untuk menghentikan serangan dan pengumpulan semula pejuang Hamas.

Puluhan ribu penduduk Palestin diarahkan meninggalkan kawasan-kawasan tertentu, sekali gus menimbulkan kebimbangan mereka mungkin tidak akan dibenarkan kembali.

Peluang untuk gencatan senjata semakin tipis pada hujung minggu lalu, apabila Qatar yang bertindak sebagai pengantara mengumumkan penggantungan usaha tersebut sehingga kedua-dua pihak, Israel dan Hamas menunjukkan lebih kesediaan untuk mencapai persetujuan.

Serangan udara Israel turut mengorbankan penduduk di Bandar Gaza dan di bandar Beit Lahiya di utara Gaza.
Di Hospital Kamal Adwan berhampiran Beit Lahiya, petugas perubatan melaporkan tiga pekerja perubatan cedera akibat tembakan dron Israel.

Tentera Israel berkata, pihaknya berjaya membunuh seorang komander kanan kumpulan Jihad Islam, Mohammad Abu Skhail, dalam serangan di sebuah pusat komando dalam kompleks yang dahulunya merupakan sekolah di bandar Gaza, manakal,a petugas perubatan Palestin memaklumkan serangan itu membunuh enam orang.

Pegawai Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengumumkan tiada kawasan selamat di Gaza, wilayah yang menempatkan lebih 2.1 juta penduduk dan kini kebanyakannya musnah.

Kempen ketenteraan Israel telah memusnahkan sebahagian besar Gaza dan membunuh kira-kira 43,500 penduduk Palestin, kata pegawai kesihatan Gaza. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya