VILNIUS: Sebuah pesawat kargo yang melakukan penerbangan dari Jerman ke Lithuania terhempas berhampiran lapangan terbang di ibu kota Vilnius, sehingga mengorbankan seorang anak kapal, hari ini.
Ketua Unit Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan, Renatas Pozela berkata, pesawat itu sepatutnya mendarat di lapangan terbang berkenaan dan terhempas beberapa kilometer dari lokasi berkenaan.
“Seorang daripada empat anak kapal disahkan maut,” katanya lapor AFP.