Senoi Praaq kawal sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok

Senoi Praaq kawal sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok

KAWALAN Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Kelantan akan  diperketatkan lagi dengan kehadiran anggota Senoi Praaq dari Batalion 3 Bidor dan Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu, Perak bermula 1 Disember ini.-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di negeri ini diperketatkan lagi dengan kehadiran anggota Senoi Praaq dari Batalion 3 Bidor dan Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu, Perak bermula 1 Disember ini.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, kehadiran anggota itu seramai 100 orang bagi membantu penugasan susulan pelaksanaan larangan merentas sempadan melalui Sungai Golok.

“Berdasarkan pengalaman saya yang lalu, anggota Senoi Praaq yang ditunjangi oleh anggota PGA Orang Asli banyak membantu penugasan di sempadan di negeri-negeri sebelah Utara.

“Mereka juga lebih patuh dengan arahan ketua dan mungkin salah guna kuasa dapat dikurangkan,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, cadangan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan beliau bersetuju dengan langkah tersebut.

Katanya, beliau berharap kegiatan penyeludupan dapat dikurangkan selepas kompeni itu datang membantu penugasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

“Buat masa ini, satu kompeni akan membantu tugasan di sempadan Kelantan dan keperluan penambahan anggota akan dilihat dari masa ke semasa,” ujarnya.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan melaksanakan operasi besar-besaran untuk menangkap rakyat Malaysia yang pulang dari Thailand melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, bermula 1 Disember depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, penguatkuasaan itu merupakan satu langkah untuk memperkasakan Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu menggunakan laluan yang tidak diwartakan untuk memasuki negara ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia akan ditangkap sebaik menjejakkan kaki di negara ini selepas pulang dari Thailand melalui pangkalan haram.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya