Sempadan Thailand-Myanmar tegang diceroboh

Sempadan Thailand-Myanmar tegang diceroboh tentera pemberontak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Ketegangan di sempadan Thailand-Myanmar di daerah Pai, wilayah utara Mae Hong Son, semakin memuncak selepas Tentera Negeri Wa Bersatu (UWSA) atau dikenali sebagai Red Wa didakwa menceroboh wilayah Thailand.

UWSA dilaporkan memperkukuh pangkalan mereka di kawasan tersebut dengan menambah bilangan tentera dan persenjataan. 

Pihak berkuasa Thailand sudah mengarahkan UWSA untuk berundur dari wilayah Thailand, namun permintaan tersebut belum mendapat maklum balas.

Permintaan Thailand disampaikan semasa mesyuarat antara pegawai kanan UWSA dan pihak berkuasa Thailand di Chiang Mai pada 18 hingga 19 November lalu. 

Perbincangan turut merangkumi isu penyeludupan dadah, imigresen haram, serta dakwaan pencerobohan wilayah Thailand.

Pihak Thailand mendesak UWSA agar merobohkan pangkalan mereka di kawasan yang dipertikaikan. 

Wakil UWSA bersetuju membawa isu itu untuk dipertimbangkan dan berjanji memberikan maklum balas rasmi dalam tempoh 30 hari, iaitu pada 18 Disember depan. 

Namun, UWSA menerusi kenyataan kepada Radio Free Asia (RFA), baru-baru ini, menegaskan pihaknya tidak dapat memenuhi permintaan Thailand kerana mendakwa pangkalan mereka tidak terletak di wilayah Thailand.

Tambah mereka, tindakan tersebut adalah untuk mempertahankan kedaulatan dan memberi amaran kepada Thailand agar tidak memberi tekanan. 

Pihaknya malah memberi amaran akan bertindak balas sekiranya pasukan Thailand menceroboh wilayah mereka. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya