Seludup pendatang: 26 individu ditahan, aset RM55 juta dirampas

Seludup pendatang asing: 26 individu ditahan, aset RM55 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pihak berkuasa Perancis menahan 26 individu dan merampas aset bernilai 11 juta euro (RM55 juta) dalam satu operasi besar-besaran bagi menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang asing yang dipercayai membawa ribuan individu dari Asia Selatan ke negara itu sejak September 2021.

Aset yang dirampas mencecah jutaan euro itu meliputi hartanah, kereta mewah, barangan kemas dan emas.

Polis Sempadan Perancis berkata, sindiket berkenaan mengenakan caj antara 15,000 hingga 26,000 euro (RM75,000 hingga RM130,000) bagi setiap individu yang diseludup dari India, Sri Lanka dan Nepal.

Operasi haram itu dianggarkan menjana keuntungan berjuta-juta euro yang kemudiannya dilaburkan dalam syarikat pembinaan, perdagangan emas dan pemindahan wang secara tidak formal ke Asia Selatan.

Pengarah Pasukan Polis Sempadan Perancis di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Julien Gentile memaklumkan tangkapan dilakukan antara Mac hingga November tahun ini.

“Sindiket ini memudahkan perjalanan migran ke negara Kesatuan Eropah melalui Dubai atau negara-negara Afrika, sambil menyediakan visa pelancongan, kerja atau perubatan yang diperoleh secara haram,” katanya.

Bagaimanapun, ketua sindiket itu masih bebas, dengan permohonan ekstradisi Perancis dari Dubai belum mendapat persetujuan, tambah Gentile.

Daripada 26 individu yang ditahan, 15 ditempatkan dalam tahanan pra-perbicaraan, manakala tujuh lagi dikenakan pengawasan kehakiman.

Empat yang lain, yang baru sahaja ditangkap, dijadualkan dibawa ke hadapan hakim penyiasat pada Khamis. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya