MELBOURNE : Golongan saintis memberi amaran kromosom Y, yang menentukan jantina lelaki, semakin mengecil dan mungkin menyebabkan kepupusan lelaki pada masa depan. Kromosom X dan Y berfungsi menentukan jantina bagi manusia dan mamalia; lelaki memiliki kromosom X dan Y, manakala wanita memiliki dua kromosom X. Walaupun kromosom ini hanya membentuk empat peratus daripada DNA seseorang, ia mencipta perbezaan yang besar dalam kehidupan. Namun, menurut Pakar Genetik Australia, Prof. Jenny Graves, kromosom Y kini menunjukkan tanda-tanda penyusutan, yang berpotensi membawa kepada masa depan tanpa lelaki. Kromosom Y memiliki hanya 45 gen,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya