Rundingan perjanjian pandemik global diteruskan 2025 - WHO

Rundingan perjanjian pandemik global diteruskan hingga 2025 – WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan rundingan mengenai perjanjian pandemik global akan diteruskan sehingga 2025, dengan sasaran untuk diselesaikan menjelang Mei tahun depan, lapor Agensi Anadolu.

Pengerusi bersama Badan Perundingan Antara Kerajaan WHO (INB), Anne-Claire Amprou berkata, negara-negara anggota bersetuju untuk menamatkan perjanjian itu secepat mungkin dan meneruskan rundingan ke tahun 2025, dengan matlamat untuk memuktamadkannya pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) yang seterusnya pada Mei 2025.

Amprou menegaskan dengan komitmen politik yang kukuh dari negara anggota, rundingan menuju ke arah yang betul.

Pengerusi bersama, Precious Matsoso turut menyatakan perjanjian global terdahulu memerlukan masa yang lebih lama untuk disiapkan.

“Kami mempunyai tanggungjawab untuk berbuat lebih baik dan lebih bersedia untuk menghadapi ancaman akan datang. Kami semua telah menyedarinya.

“Dunia boleh lebih bersedia untuk menghadapi ancaman hari ini dan juga di masa depan. Saya yakin kita akan mencapai matlamat itu,” kata Matsoso.

Untuk rekod, pandemik Covid-19 yang bermula sejak 2020, telah meragut kira-kira tujuh juta nyawa di seluruh dunia.

INB yang ditubuhkan pada 2021 oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia dengan 194 negara anggotanya, bertanggungjawab untuk merangka dan merundingkan konvensyen atau instrumen antarabangsa di bawah Perlembagaan WHO bagi memperkukuhkan pencegahan, persediaan, dan tindak balas pandemik.

Mesyuarat ke-12 INB kini berlangsung dalam format hibrid sehingga Jumaat ini. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya