Replika helmet Bagnaia dilancarkan di Sepang

Replika topi keledar Bagnaia dilancarkan di Sepang

TOPI keledar juara dunia berganda MotoGP, Franceso Bagnaia dilancarkan sempena Grand Prix (GP) Malaysia, Ahad ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah syarikat aksesori permotoran melancarkan topi keledar replika juara MotoGP edisi lalu, Francesco Bagnaia, siri Suomy S1-XR GP di Litar Antarabangsa Sepang, dengan harapan beliau dapat mempertahankan gelaran dunia dan merapatkan jurang mata dengan Jorge Martin dalam Grand Prix (GP) Malaysia, hujung minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MKA Group, Bruce Lee, menyatakan keyakinannya terhadap Bagnaia yang berbakat dan sokongan padu dari pasukan Ducati, serta kelebihan helmet Suomy S1-XR GP yang direka untuk keselamatan dan prestasi tinggi.

“Pertama sekali, MKA Group ingin mengucapkan selamat kepada Bagnaia dalam usahanya untuk mempertahankan gelaran dunianya. Kami yakin bahawa Bagnaia akan berprestasi baik di Sepang pada (GP) Malaysia hujung minggu ini dan dapat merapatkan jurang dengan pesaingnya, Martin.

“Kami mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Pecco. Beliau adalah seorang pelumba yang sangat berbakat dan juga juara bertahan dua kali MotoGP; dengan sokongan padu daripada pasukan Ducati, rakan-rakan peribadi, serta penaja beliau,” kata Bruce.

PELUMBA negara, Gabit Saleh (kiri) bersama pelakon popular, Farid Kamil ketika pelancaran topi keledar KYT TTR Jet Pendekar di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. – IHSAN PENGANJUR

Sementara itu, syarikat terbabit turut mencatatkan satu lagi pencapaian penting dengan pelancaran reka bentuk topi keledar terbaharu yang menampilkan imej pejuang negara dalam siri KYT TTR Jet Pendekar.

Pelancaran ini diadakan bersempena GP Malaysia, yang mana MKA Group turut memperkenalkan topi keledar KYT KX-1 Race GP, replika yang digunakan oleh pelumba Ducati yang juga juara di Sepang tahun lalu, Enea Bastianini.

“Hari ini adalah detik bersejarah bagi kami di MKA Group secara keseluruhan. Hari ini menandakan satu lagi kisah kejayaan bagi kumpulan kami dalam usaha untuk menjadi syarikat antarabangsa terkemuka dalam mempromosikan sukan permotoran,” ujar Bruce. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya