Razlan Joffri, pengadil VAR Perak-JDT direhatkan

Razlan Joffri, pengadil VAR Perak-JDT direhatkan

Pengadil Razlan Joffri Ali (dua dari kiri) cuba meleraikan pergaduhan antara Arif Aiman Hanapi (JDT) dan Tommy Mawat (Perak) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengambil keputusan untuk merehatkan pengadil dan pengadil video bantuan pengadil (VAR) yang mengendali perlawanan Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad lalu.

Hukuman itu dikenakan ke atas mereka kerana kedua-dua mereka gagal membuat keputusan yang tepat pada perlawanan Liga Super itu.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram berkata Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil membuat analisis insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84 membabitkan tonggak JDT, Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak, Tommy Mawat Bada.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM menjelaskan, analisis kedua-dua insiden itu dibuat berpandukan undang-undang permainan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan mendapati keputusan pengadil dan pengadil VAR kurang tepat.

“Analisa kedua-dua insiden tersebut dibuat berpandukan Undang-undang Permainan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan mendapati keputusan pengadil perlawanan dan Pengadil VAR adalah kurang tepat.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengadil FAM telah mengambil keputusan untuk merehatkan pengadil dan pengadil VAR terbabit sebanyak dua perlawanan daripada sebarang tugas pengadil di Liga Profesional dan Liga Amatur.

“Selain direhatkan untuk dua perlawanan, kedua-dua pengadil tersebut juga akan dirujuk ke fasa pemulihan dan pemurnian sebelum diberikan tugas pengadil,” kata beliau.

Terdahulu, peminat bola sepak tempatan dilaporkan mengkritik mutu pengadilan Razlan Joffri Ali kerana tidak melayangkan kad merah kepada Arif Aiman apabila bintang Harimau Selatan itu dilihat menumbuk Tommy.

Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail dalam laporan sebelum ini berpendapat pengadil sepatutnya melayangkan kad merah kepada Arif Aiman dan Tommy selepas didapati bergaduh pada pertembungan dua pasukan itu.

Malah, Tunku Mahkota Ismail berpandangan Perak juga sepatutnya diberikan sepakan penalti susulan kekasaran dilakukan pemain pertahanan JDT, Feroz Baharudin ke atas Clayton Silveira pada minit ke-38.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN