Rakyat baling telur pada Raja, Ratu Sepanyol

Rakyat baling telur pada Raja, Ratu Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA: Penduduk di wilayah Valencia menunjukkan kemarahan terhadap Raja Felipe dan Ratu Letizia dengan membaling telur serta mengejek pasangan diraja Sepanyol itu semasa mereka melawat kawasan yang dilanda banjir besar yang mengorbankan lebih 200 nyawa.

Raja Felipe disambut dengan laungan ‘pembunuh’ sewaktu baginda bersama Perdana Menteri, Pedro Sanchez dan Gabenor Valencia, Carlos Mazon, mengunjungi Paiporta, kawasan yang paling terjejas di pinggir bandar Valencia, akibat banjir.

Penduduk setempat menuduh pihak berkuasa bertindak lambat dalam menangani bencana tersebut.

Ketika pasangan itu bergambar bersama, orang ramai mula mengeluarkan kata-kata kesat kepada Raja, Mazon, dan Sanchez sehingga keadaan semakin tegang apabila penduduk menghampiri Raja Felipe sehingga pihak keselamatan terpaksa membuka payung untuk melindungi para pemimpin daripada objek yang dilemparkan.

Raja Felipe, yang tetap tenang, menurunkan payungnya untuk mendengar keluhan seorang penduduk, manakala polis bersiap-siaga mengawal situasi.

Jumlah korban akibat banjir kini meningkat kepada 214 orang, dan angka itu dijangka bertambah dengan mayat seorang wanita berusia 70 tahun ditemukan lebih 12 kilometer dari rumahnya.

Reaksi lambat dan koordinasi lemah daripada pihak berkuasa merupakan antara isu yang menimbulkan kemarahan orang ramai di Valencia.

Amaran teks banjir hanya dikeluarkan beberapa jam selepas pihak perkhidmatan cuaca memberi amaran mengenai risiko banjir.

Sabtu lalu, Sanchez mengarahkan 5,000 anggota tentera tambahan untuk membantu operasi penyelamatan di kawasan banjir, menyifatkan ribut itu sebagai ‘bencana alam terburuk’ dalam sejarah Sepanyol.

Beliau mengakui kelemahan dalam respon awal pihak berkuasa yang ‘tidak mencukupi’. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN