Putin umum serang Ukraine guna peluru berpandu baharu

Putin umum serang Ukraine guna peluru berpandu baharu

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin mengumumkan pelancaran peluru berpandu balistik jarak sederhana baharu terhadap Ukraine sebagai tindak balas kepada serangan Kyiv yang menggunakan peluru berpandu buatan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) ke atas sasaran di negara itu.

Menerusi ucapan yang disiarkan dalam televisyen, Putin berkata, Russia menguji peluru berpandu hipersonik jarak sederhana dalam serangan itu sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif negara anggota NATO.

“Kami mempunyai hak untuk menggunakan senjata terhadap kemudahan ketenteraan negara-negara yang membenarkan senjata mereka digunakan terhadap kemudahan kami,” katanya.

Ukraine menuduh Russia menyerang bandar Dnipro dengan peluru berpandu baharu, di tengah-tengah ketegangan yang memuncak dalam perang yang kini melebihi dua tahun.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan serangan itu melibatkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) bersama rentetan peluru berpandu lain, mengenai kemudahan infrastruktur dan mencederakan dua orang awam.

Kenyataan itu hadir selepas Presiden AS, Joe Biden memberikan lampu hijau kepada Ukraine untuk menggunakan Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) buatan AS bagi menyerang sasaran tertentu di Russia.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendakwa serangan itu menggunakan peluru berpandu dengan ciri menyerupai ICBM dan turut menuduh Moscow menjadikan Ukraine sebagai medan ujian senjata.

Ketegangan antara Russia dan Ukraine meningkat sejak beberapa hari lalu, selepas AS membenarkan Ukraine menggunakan senjata jarak jauh untuk menyerang sasaran di Rusia.

Selasa lalu, Ukraine dilaporkan menggunakan peluru berpandu ATACMS buat pertama kali, manakala media British melaporkan Ukraine melancarkan peluru berpandu Storm Shadow buatan UK ke atas sasaran di Rusia.

Ketegangan berlaku ketika tentera Russia semakin mara ke wilayah Donetsk di timur Ukraine, dengan laporan menyatakan mereka berjaya menawan sebuah perkampungan berhampiran Kurakhove selepas berbulan-bulan mara ke hadapan secara berperingkat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya