Protes besar-besaran, Netanyahu pecat Menteri Pertahanan

Protes besar-besaran, selepas Netanyahu pecat Menteri Pertahanan

RAKYAT Israel memegang sepanduk semasa protes antikerajaan di Baitulmuqaddis, bagi menggesa pilihan raya awal dan pembebasan tebusan di Gaza. AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV : Protes besar-besaran tercetus di Israel selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan, Yoav Gallant atas alasan ‘krisis kepercayaan’ antara kedua-dua pemimpin.

Netanyahu menyatakan kepercayaannya terhadap Gallant telah terhakis dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan Menteri Luar, Israel Katz akan menggantikan Gallant.

Gallant memuat naik kenyataan dalam media sosial, menegaskan keselamatan Israel kekal sebagai keutamaannya.

Beliau sebelum ini menekankan rundingan tebusan dengan Hamas perlu diutamakan walaupun melibatkan konsesi berkaitan perang di Gaza.

Hubungan kerja antara Netanyahu dan Gallant dikatakan tegang sejak setahun lalu dengan laporan pertikaian tentang strategi perang negara.

Gallant juga lantang menentang pengecualian perkhidmatan ketenteraan kepada golongan Ultra-Ortodoks Israel.

Pada Mac 2023, Netanyahu pernah memecat Gallant kerana perbezaan politik sebelum menarik balik keputusan tersebut susulan protes besar-besaran rakyat.

Menerusi kenyataan, Netanyahu berkata, kepercayaan penuh diperlukan antara perdana menteri dan menteri pertahanan lebih-lebih lagi ketika peperangan.

Katanya, jurang besar wujud dalam pengurusan kempen perang yang disertai kenyataan dan tindakan Gallant yang bertentangan dengan keputusan kerajaan.

Gallant menjelaskan pemecatannya berpunca daripada perbezaan pendapat tentang tiga isu Utama iaitu tiada pengecualian perkhidmatan ketenteraan, penyiasatan nasional untuk menilai strategi, dan keutamaan mengembalikan tebusan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya