Program Jelajah Peduli Ummah sasar 100,000 penerima bantuan - Utusan Malaysia

Program Jelajah Peduli Ummah sasar 100,000 penerima bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memberi fokus utama dalam memperkukuh semangat perpaduan dan menyemai kesedaran kemanusiaan dalam Masyarakat, Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) baru-baru ini melancarkan program Jelajah Peduli Ummah di Dataran Sungai Tua, Selayang.

Mendapat Kerjasama Pejabat Menteri Besar Selangor dan agensi tempatan, bagi edisi 2024, MAPIM turut menjangkakan program kali ini juga akan memberi manfaat kepada hampir 100,000 penduduk di negara ini melalui beberapa siri jelajah yang bakal diadakan.

Memasuki tahun keempat program ini diadakan, seperti sebelumnya ia turut melibatkan pelbagai aktiviti dalam aspek menyantuni segenap lapisan masyarakat yang memerlukan, antaranya klinik kesihatan bergerak, sukaneka, penyediaan makanan secara bergotong-royong dan ziarah mahabbah ke rumah keluarga asnaf.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, sejak dilancarkan pada tahun 2020, program ini telah berjaya memberi bantuan kepada hampir 200,000 penerima yang memerlukan.

Melihat program ini perlu diteruskan jelasnya pihaknya juga terbuka dalam menerima sebarang pandangan dan cadangan dalam memastikan program ini terus memberi impak kepada golongan sasaran.

“Sejak dilancarkan pada tahun 2020, kami bangga melihat Jelajah Peduli Ummah terus berkembang dan menyentuh lebih 200,000 jiwa. Kami berharap usaha ini akan terus membina perpaduan dan kekuatan di kalangan rakyat, selaras dengan semangat Malaysia Madani,”

“Hampir 10,000 orang telah mengunjungi Program Jelajah Peduli Ummah Sungai Tua ini dan rata-rata pengunjung berpuas hati dengan pengisian program seiring dengan laungan Malaysia Madani oleh Kerajaan,”katanya.

Dalam pada itu, dengan pelaksanaan program ini, MAPIM Malaysia memberitahu pihaknya turut berhasrat memperluaskan saluran bantuan kemanusiaan selain meningkatkan akses bagi menjejak keperluan penerima dengan membina jaringan kerjasama komuniti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya