MANILA: Taufan Man-yi yang melanda Filipina hari ini menyebabkan banyak pokok tumbang, bekalan elektrik terputus dan besi bumbung tercabut.
Cuaca ganas luar biasa itu membawa angin berkelajuan maksimum 185 kilometer sejam, selepas ribut taufan itu mendarat di pulau Catanduanes yang kurang penduduk, pada Sabtu.
Lebih 650,000 penduduk meninggalkan kediaman asing-masing sebelum taufan Man-yi melanda, selepas perkhidmatan cuaca negara memberi amaran tentang kesan ribut yang berpotensi mengancam nyawa.
Ketua Operasi Bencana wilayah Catanduanes, Roberto Monterola berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan orang ramai mematuhi arahan perpindahan.
“Semua bandar mengalami kerosakan, tetapi kami jangka di bahagian utara akan menghadapi lebih banyak masalah.
“Sekarang ini, hanya angin dan hujan renyai-renyai,” katanya.
Man-yi dijangka ‘sedikit lemah’ sebelum melanda Luzon, pulau paling ramai penduduk di negara itu. -AFP