BEIRUT: Kumpulan militan melancarkan serangan mengejut terhadap tentera Syria di wilayah utara Aleppo, sehingga menyebabkan 57 pejuang terbunuh.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, pertempuran berikutan ‘operasi yang dilancarkan oleh Hayat Tahrir Al-Sham’ yang merujuk kepada kumpulan militan yang diketuai leh bekas cawangan Daesh di Syria yang mengawal sebahagian barat laut negara itu.
Serangan menyebabkan 26 anggota Hayat Tahrir Al-Sham dan puak bersekutu terbunuh serta 31 anggota pasukan tentera.
Tentera Udara Syria dan sekutunya, Russia menyerang militan yang menyerang kawasan itu buat kali pertama sejak beberapa tahun lalu, kata badan pemantau yang berpangkalan di Britain.
Konflik Syria tercetus selepas Presiden, Bashar Assad menindas protes antikerajaan pada 2011.
Kepemimpinan zalim itu sudah mengorbankan lebih 500,000 orang, berjuta-juta kehilangan tempat tinggal dan menyebabkan kerosakan besar infrastruktur negara. -AFP