Peristiwa bersejarah Sabah akan masuk silibus pendidikan

Peristiwa bersejarah Sabah akan masuk silibus pendidikan

Mohd. Arifin Mohd. Arif (tengah) menyampaikan bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) kepada salah seorang pelajar di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hari Sabah antara tarikh bersejarah yang akan dimasukkan dalam silibus pendidikan di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, peristiwa-peristiwa bersejarah yang bersesuaian akan dimasukkan dalam silibus pendidikan selaras dengan persetujuan dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (JTMA63) kluster pendidikan.

Beliau berkata, dalam pertemuan bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini, persetujuan dicapai untuk memasukkan citra Sabah dalam kurikulum pendidikan.

“Perkara itu akan diperincikan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63. Mereka telah bersetuju dan kini tindakan di peringkat kita untuk menyenaraikan apa-apa perkara yang perlu dimasukkan dalam kurikulum pendidikan. 

“Sebenarnya ada juga sejarah tentang Sabah, namun mana-mana yang belum ada, kita akan masukkan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah,” katanya selepas majlis penyampaian bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) di Wisma Bandaraya, hari ini.

Malah, dalam mesyuarat diadakan, Kementerian Pendidikan turut bersetuju dengan keperluan melantik pegawai teknikal agar dapat mengenal pasti bangunan sekolah berskala tujuh dengan kadar segera.

Mohd. Arifin yang juga Exco Pendidikan Negeri berkata, permohonan Sabah agar kira-kira 200 sekolah daif di negeri ini dinaik taraf akan turut diberi perhatian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya