Perdana Menteri Kanada kecam insiden ganas di kuil Hindu

Perdana Menteri Kanada kecam insiden ganas di kuil Hindu

JUSTIN TRUDEAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, mengecam insiden keganasan di sebuah kuil Hindu berhampiran Toronto sebagai ‘sesuatu yang tidak boleh diterima’ selepas tercetusnya ketegangan yang didakwa melibatkan aktivis Sikh.

Polis tempatan di bandar Brampton, kira-kira 50 kilometer dari Toronto, telah meningkatkan kawalan di sekitar Kuil Hindu Sabha bagi memastikan ketenteraman semasa protes berlangsung.

Jurucakap Polis Wilayah Peel memberitahu AFP tiada tangkapan dibuat setakat ini, dan pihak polis juga tidak mengaitkan kejadian tersebut kepada mana-mana kumpulan secara rasmi.

“Insiden keganasan di Kuil Hindu Sabha di Brampton hari ini adalah tidak boleh diterima. Setiap rakyat Kanada berhak mengamalkan kepercayaan mereka dengan bebas dan selamat,” tulis Trudeau di platform X.

Hubungan antara Kanada dan India tegang selepas Ottawa menuduh kerajaan India terlibat dalam pembunuhan Hardeep Singh Nijjar, warganegara Kanada berusia 45 tahun dan aktivis Khalistan yang terkenal, di Vancouver pada 2023.

Selain pembunuhan Nijjar, Kanada menuduh India menjalankan kempen meluas yang menyasarkan aktivis Sikh di Kanada, termasuk tindakan ugutan dan kekerasan.

Video yang beredar dalam media sosial menunjukkan individu membawa bendera kuning Khalistan bertembung dengan kumpulan yang memegang bendera India, dengan beberapa pergaduhan kecil turut dirakam.

Trudeau sebelum ini menuduh kerajaan Perdana Menteri India, Narendra Modi, melanggar kedaulatan Kanada.

India bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.

Awal bulan ini, Delhi dan Ottawa masing-masing mengusir duta besar serta beberapa diplomat kanan negara masing-masing akibat ketegangan ini. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya