Perancis pertimbang sekatan baharu terhadap peneroka Israel

Perancis pertimbang sekatan baharu terhadap peneroka haram Israel

PASUKAN keselamatan Israel cuba menghalang penunjuk perasaan Palestin yang melakukan protes berhampiran sebuah penempatan di Tebing Barat. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Perancis mempertimbang untuk mengenakan sekatan baharu terhadap individu atau entiti yang menyokong perluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot dalam lawatannya ke wilayah itu, kelmarin.

“Perancis menjadi penggerak utama untuk mewujudkan rejim sekatan pertama di peringkat Eropah yang menyasarkan individu atau entiti, baik pelaku atau rakan sejenayah dalam aktiviti penempatan.

“Rejim ini diaktifkan dua kali dan kami sedang mengusahakan kumpulan ketiga sekatan yang menyasarkan aktiviti-aktiviti ini yang sekali lagi menyalahi undang-undang antarabangsa,” katanya selepas perbincangan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Ramallah.

Barrot turut mengulangi komitmen Perancis terhadap penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin dan memberi amaran aktiviti penempatan haram mengancam perspektif politik yang boleh memastikan keamanan berkekalan untuk kedua-dua negara.

Sebelum bertemu Abbas, beliau melawat bandar bersebelahan Al-Bireh, lokasi peneroka Israel membakar 20 kereta pada Isnin lalu dan merosakkan sebuah bangunan berdekatan.

Menurut Barrot, serangan itu berlaku di bahagian Tebing Barat, yang rakyat Palestin sepatutnya menikmati kawalan awam dan keselamatan di bawah Perjanjian Oslo pada 1990-an.

“Serangan peneroka ekstremis dan ganas bukan sahaja tidak boleh dimaafkan dan bertentangan dengan udang-undang antarabangsa, bahkan melemahkan perspektif penyelesaian dua negara,” katanya.

Sementara itu, Gabenor Ramallah dan Al-Bireh, Laila Ghannam menyuarakan kekesalan terhadap serangan peneroka dan sikap kunci mulut masyarakat antarabangsa mengenai keganasan di wilayah itu.

“Mungkin hari ini, dengan lawatan Menteri Luar Perancis, perkara ini akan mendapat perhatian antarabangsa,” katanya kepada AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya