Penyudah tumpul punca Selangor pulang tangan kosong

Penyudah tumpul punca Selangor pulang tangan kosong

PENYERANG Selangor FC, Ali Olwan (tengah) dikawal ketat pemain-pemain Jeonbuk pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Piala Dunia Jeonju, kelmarin.-IHSAN AFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih sementara Selangor FC, Abdi Hassan enggan memberi sebarang alasan terhadap kekalahan pasukannya selepas tewas 1-0 kepada kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2), kelmarin.

Beraksi di Stadium Piala Dunia Jeonju, Abdi berkata ketumpulan penyudah pemainnya dalam menterjemahkan peluang yang dihidangkan menyebabkan Selangor terpaksa akur pulang dengan tangan kosong.

Kekalahan tersebut menyebabkan Selangor turun ke tangga kedua Kumpulan H dipintas Jeonbuk selepas empat perlawanan.

“Kami beraksi minggu lalu dan mempunyai empat atau lima hari bagi melakukan pemulihan dan persiapan. Jika melihat kepada perbezaan negara, yang mana kami perlu sesuaikan diri dengan perkara seperti cuaca.

“Namun, sudah pasti itu bukan alasan kerana melihat kepada suasana di stadium yang hebat dan menentang pasukan kuat di peringkat tinggi, seandainya kita tidak menjaringkan gol, ia akan menjadi perlawanan yang sukar,” katanya.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pada minit ke-22 menerusi Tiago Orobo yang menanduk masuk bola berpunca daripada sepakan penjuru Kwon Chang-hoon sekali gus membalas dendam kekalahan mereka apabila tewas 2-1 kepada Selangor pada 23 Oktober lalu.

Sementara itu, jurulatih Jeonbuk, Kim Do Heon menyifatkan pemainnya berhak meraih kemenangan tersebut diatas persembahan yang dipamerkan mereka.

“Kami mempersiapkan pasukan untuk membina gerakan sedikit demi sedikit. Bagaimanapun paling penting adalah kemenangan kerana tiga mata sentiasa menjadi keutamaan.

“Sebagai jurulatih, saya dan pemain sudah bekerja keras untuk mencapai matlamat ini. Motivasi kami adalah untuk terus berkembang pada masa akan datang,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya