Penganjuran konsert bantu 'hidupkan' stadium hoki

Penganjuran konsert bantu ‘hidupkan’ stadium hoki

Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bakal menjadi lokasi penganjuran 26 konsert.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Prof. Datuk Dr. S. Shamala berpendapat penganjuran sebanyak 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil mampu menjadi satu alternatif dalam membantu kos penyelenggaraan.

Shamala berkata, kos untuk menjaga dan mengendalikan stadium sebesar itu tidak mencukupi sekiranya hanya bergantung kepada aktiviti sukan dan kejohanan.

“Stadium hoki itu besar, jadi sememangnya memerlukan dana dan kewangan yang banyak untuk menyelenggara, terutamanya untuk menambah baik fasiliti. Kita tidak boleh menyalahkan menteri sekiranya stadium dibuka untuk penganjuran konsert.

“Kita boleh lihat stadium hoki kini mulai usang dan kalau kita mahu baikinya perlu memerlukan kewangan yang cukup. Sudah tentu kos-kos itu tinggi kalau mahu menjaganya.

“Jadi kita perlu berikan mereka peluang kerana ini adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan untuk kebaikan hoki,” kata Shamala kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, menyuarakan kebimbangannya bahawa penganjuran konsert yang terlalu banyak mampu merencatkan perancangan pasukan hoki kebangsaan.

Sementara itu, Shamala menambah bahawa padang ‘turf’ hoki adalah sangat berbeza dengan padang bola sepak seperti di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menurutnya, padang rumput tiruan itu sudah tentu ada langkah-langkah penjagaan yang rapi bagi memastikan rumput berkenaan sentiasa dalam keadaan baik.

“Teknologi sekarang semakin berkembang maju. Berkemungkinan sudah tentu ada langkah-langkah yang boleh dijalankan supaya permukaan padang turf itu tidak rosak,” ujarnya.

Pada Persidangan Dewan Rakyat awal bulan lalu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan Stadium Hoki Nasional menerima 26 tempahan untuk penganjuran konsert bermula tahun 2025.

Bermula awal tahun sehingga Oktober 2026, stadium terbabit mengutip nilai hasil sewaan sebanyak RM75,000 bagi acara sukan manakala acara bukan sukan meraih pendapatan RM210,200.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya