Penganjur Olimpik 2028 bakal adakan kriket di lokasi berasingan

Penganjur Olimpik 2028 bakal adakan kriket di lokasi berasingan

CASEY WASSERMAN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Kriket yang kembali dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 berkemungkinan terpaksa diadakan jauh dari bandar itu, kata penganjur berikutan ia bakal diadakan di bandaraya New York.

Pengerusi LA28, Casey Wasserman memberitahu dalam sidang media bahawa pegawai masih mencari venue untuk kriket, yang telah disenaraikan semula pada Olimpik Los Angeles selepas lebih sedekad ia dipertandingkan pada edisi 1900.

Wasserman berkata, bagaimanapun, jika tapak yang sesuai tidak dapat ditemui di Los Angeles, penganjur akan mencari venue terbaik di luar bandar tersebut.

“Kami tidak mempunyai venue kriket di Los Angeles. Ia memerlukan ruang yang luas, jadi kami ingin mencari tempat yang tepat untuk kriket yang mempunyai peluang terbaik untuk berjaya.

“Jika kami dapat mencari tempat untuk kriket di Los Angeles atau di kawasan sekitar, kami akan lakukannya. Jika tidak, adalah tanggungjawab kami untuk mencari tempat terbaik untuk menganjurkan kriket terbaik,” kata Wasserman selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) mengadakan lawatan.

Berdasarkan laporan dari Britain dan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa penganjur Olimpik sedang mempertimbangkan untuk mengadakan kriket di kejohanan Twenty20 iaitu sebuah venue di New York.

New York telah berjaya menjadi tuan rumah perlawanan Piala Dunia T20 Kriket tahun ini dan pegawai Olimpik dilaporkan tertarik dengan venue di Stadium Nassau County di Long Island, New York. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya