Pemimpin G20 gesa tangani konflik di Gaza, Ukraine

Pemimpin G20 gesa tangani konflik di Gaza, Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Pemimpin G20 yang bermesyuarat di Rio de Janeiro menggesa kerjasama mengenai perubahan iklim, kemiskinan, pembaharuan cukai serta menangani konflik di Gaza dan Ukraine.

Para pemimpin negara menyeru bantuan awam segera, gencatan senjata dan perpaduan pelbagai hala menjelang kembalinya Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat, Januari depan.

Pemimpin dari Kumpulan 20 ekonomi Utama pada Isnin mengeluarkan kenyataan bersama yang menekankan penderitaan akibat konflik di Gaza dan Ukraine, sambil menyeru kerjasama dalam perubahan iklim, mengurangkan kemiskinan dan dasar cukai.

Perbincangan menjurus kepada aspek perdagangan, perubahan iklim dan keselamatan antarabangsa yang akan menentang perubahan dasar AS yang diterajui Trump kelak.

Bagaimanapun, pemimpin di sidang kemuncak itu kurang mencapai kata sepakat mengenai perang di Ukraine yang semakin memuncak dan memfokuskan secara ringkas penderitaan manusia dan kejatuhan ekonomi akibat konflik itu.

Pemimpin dunia juga meluahkan kebimbangan yang mendalam tentang situasi kemanusiaan yang dahsyat di Semenanjung Gaza, menyeru lebih banyak bantuan disalurkan, melindungi orang awam serta gencatan senjata menyeluruh di Gaza dan Lubnan.

“Dalam dunia yang menghasilkan hampir enam bilion tan makanan setahun, situasi ini tidak boleh diterima,” katanya.

Pemimpin G20, bertemu di Rio de Janeiro pada 18 hingga 19 November untuk menangani cabaran dan krisis global utama serta menggalakkan pertumbuhan yang kukuh, mampan, seimbang dan inklusif. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya