Peluang Selangor FC masih terbuka

Peluang Selangor FC masih terbuka

PEMAIN Selangor FC, Aliff Izwan Yuslan (tengah) gagal merembat bola melepasi penjaga gol Jeonbuk Hyundai Motors,Kim Jeong-Hoon pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) di Stadium Piala Dunia Jeonju, kelmarin.-IHSAN AFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan Selangor FC untuk melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) masih terbuka walaupun skuad Red Giants itu tewas 1-0 kepada Jeonbuk Hyundai Motors 1-0 di tempat lawan kelmarin.

Berbaki dua saingan peringkat Kumpulan H, Selangor FC perlu memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri menentang kelab Thailand, Muangthong United pada 28 November ini sebelum bertemu Cebu di Manila pada 5 Disember.

Selangor FC yang dibimbing oleh jurulatih sementara, Abdi Hassan perlu segera bangkit daripada kekalahan kepada kelab Korea Selatan yang turut menyaksikan mereka memperlihatkan ketumpulan penyudah pasukan.

Ketiadaan jurulatih Nidzam Jamil yang melepaskan jawatannya pada Rabu lalu seakan-akan memberi kesan psikologi kepada pemain Selangor dan pastinya ia merencatkan perancangan pasukan.

Selangor berada tangga kedua kumpulan dilihat sebagai pasukan pilihan untuk melepasi peringkat awal kejohanan bersama Jeonbuk berbanding Muangthong United dan Cebu.

Bagaimanapun, Selangor perlu memastikan kemenangan besar dalam aksi terakhir menentang Cebu bagi mengelakkan sebarang kekecewaan di saat akhir, jika mereka gagal mencipta kemenangan ke atas Muangthong United.

Bukan mahu memperkecilkan kehebatan Cebu namun Muangthong United dipisahkan dua mata di belakang Selangor yang mengumpul tujuh mata memperolehi kelebihan jaringan yang banyak selepas membelasah kelab Filipina itu 9-2 dalam satu lagi aksi kumpulan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya