Pelajar wanita Iran tanggal pakaian, alami gangguan mental

Pelajar wanita Iran tanggal pakaian, didakwa alami gangguan mental

TEHERAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Seorang pelajar wanita di Iran bertindak nekad menanggalkan pakaiannya sehingga menampakkan pakaian dalam di hadapan Universiti Azad Islam Teheran.

Tindakan itu dipercayai dilakukan sebagai bantahan terhadap garis panduan pemakaian yang ketat di negara itu.

Video yang tular dalam media sosial dan dikongsi oleh Amnesty International menunjukkan wanita berkenaan duduk di luar universiti dengan rambut terdedah.

Dalam rakaman tersebut, dia menunjukkan isyarat ke arah pelajar-pelajar lain, yang kebanyakannya wanita bertudung, sebelum berjalan di sekitar kawasan universiti.

Menurut Amnesty, pelajar wanita itu ‘ditahan secara ganas’ selepas membantah ‘penguatkuasaan melampau’ kod pakaian di Universiti Azad Islam Tehran.

Kejadian ini dikatakan berpunca daripada gangguan yang diterimanya sebelum itu daripada anggota Basij, sebuah kumpulan paramiliter sukarelawan Iran, yang mendakwa telah menanggalkan tudung dan merosakkan pakaiannya, menurut sebuah saluran media sosial pelajar Iran, Buletin Amir Kabir.

Pemakaian tudung adalah wajib bagi wanita di Iran di bawah undang-undang Islam yang ketat. Peraturan itu dikuatkuasakan oleh polis moral negara itu.

Individu boleh dikenakan hukuman berat walaupun bagi kesalahan kecil.

Gelombang protes terhadap kod pakaian meletus di Iran sejak 2022 berikutan kematian Mahsa Amini, seorang wanita berusia 22 tahun yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis moral setelah ditangkap kerana didakwa tidak memakai tudung dengan betul.

Sementara itu, Pengarah Perhubungan Awam Universiti Azad, Amir Mahjob, menerusi satu hantaran di X, menyatakan pasukan keselamatan universiti telah campur tangan ‘selepas tindakan tidak sopan oleh salah seorang pelajar’ dan telah membawanya ke balai polis.

Dalam satu hantaran kemudian yang memetik laporan polis, beliau menyatakan pelajar itu ‘mengalami tekanan mental yang teruk dan gangguan mental.’

Tambahnya lagi, pelajar tersebut merupakan ibu kepada dua anak yang telah berpisah dengan suaminya, dan beliau berharap agar reputasi keluarga pelajar itu tidak terjejas akibat ‘khabar angin’ dalam talian. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya