Pecco ungguli sesi latihan bebas di Sepang

Pecco ungguli sesi latihan bebas di Sepang

PELUMBA Ducati, Francesco Bagnaia ketika sesi latihan bebas pertama MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia, di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Francesco Bagnaia mendahului dalam sesi latihan bebas kedua (FP2) yang dilangsungkan pada sebelah petang, sementara, pendahulu bagi kelas utama MotoGP, Jorge Martin ditimpa kemalangan pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia Petronas 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, hari ini.

Kedua-duanya yang dipisahkan 17 mata dalam senarai kejuaraan dunia MotoGP, dengan GP Valencia yang kini menjadi tanda tanya kerana banjir yang melanda salah satu bandar di Sepanyol itu, secara tidak langsung menjadikan saingan di Sepang sebagai tumpuan.

Pelumba Ducati Lenovo Team, Bagnaia atau lebih mesra dipanggil Pecco melakar masa sepusingan terpantas 1 minit 57.679 saat (s), manakala, Martin dari Prima Pramac Racing dipisahkan 0.050 saat d di belakang menerusi catatan masa 1:57.729s di tangga kedua.

Martin yang terbabas di selekoh satu ketika melakukan pusingan terakhir dalam usaha memperbaiki catatan masanya untuk mengejar Pecco gagal berbuat demikian gara-gara insiden yang menimpanya itu.
Pecco ketika ditemui pemberita selepas FP2 berkata, dia tidak mahu memikirkan apa yang berlaku di Valencia kerana apa yang lebih penting ialah hujung minggu ini.

“Saya perlu memastikan jentera saya laju dan kalau tidak menang sekali pun kedudukan kedua menjadi sasaran saya untuk merapatkan jurang mata dengan Martin,” katanya.

Menurut pelumba kelahiran Itali itu, pada sesi latihan bebas di sebelah pagi dan petang berjalan dengan lancar dengan SIC merupakan litar kegemarannya.

“Sepang seperti Assen yang merupakan litar kegemaran saya dan trek di sini mempunyai keserasian dengan gaya tunggangan saya,” ujarnya.

Pemenang GP Malaysia tahun lalu, Enea Bastianini yang juga rakan sepasukan Pecco melengkapkan aksinya di tempat ketiga dengan catatan masa sepusingan 1:57.877s.

Menghuni kedudukan keempat, pelumba Aprilia Racing, Maverick Vinales yang mencipta masa sepusingan 1:58.141s, manakala, tempat kelima menjadi milik pelumba Gresini Racing MotoGP, Alex Marquez menerusi catatan masa 1:58.296s. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya