Pasukan MLBB Malaysia raih gelaran juara dunia

Pasukan MLBB Malaysia raih gelaran juara dunia

Pasukan MLBB Malaysia muncul juara dunia. - IHSAN Malaysia Esports Federation
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) Malaysia memahat sejarah apabila berjaya memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi hari ini.

Pasukan Malaysia dibarisi hampir sepenuhnya pemain Selangor Red Giants (SRG) diketuai Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie), Ilman Zareef Zulkifli (Gojes) dan ‘Gold Laner’ pasukan JP Niners, Ealtond Rayner (Lolealz).

Pasukan negara bermula baik apabila memenangi perlawanan pertama dengan keputusan 17 ‘kills’ berbalas 14 dalam aksi yang berlangsung selama 22 minit.

Pada perlawanan kedua, pasukan Malaysia bermula sedikit goyah namun berjaya mengemaskan gaya permainan untuk menang sembilan ‘kills’ berbalas empat sekali gus menjulang kejuaraan sulung buat negara di kejohanan dunia itu.

Kemenangan berkenaan membolehkan pasukan Malaysia berjaya membawa pulang wang kemenangan berjumlah USD70,000 (RM 313,180).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya