PARLIMEN: Malaysia bakal lantik perutusan khas tangani isu Myanmar

PARLIMEN: Malaysia bakal lantik perutusan khas tangani isu Myanmar

IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia dalam proses akhir untuk melantik perutusan khas Pengerusi ASEAN mengenai Myanmar.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, perutusan tersebut akan menjalankan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan di Myanmar.

Kata beliau, ia bagi dibawa ke meja rundingan dan dialog politik untuk mencari jalan penyelesaian yang berkekalan berhubung krisis politik dan kemanusiaan di negara itu susulan rampasan kuasa oleh tentera pada Februari 2021.

“Selain itu, kerajaan sedang mengkaji dan merangka strategi yang bersesuaian dari semasa ke semasa untuk mencari penyelesaian inklusif yang berdaya tahan bagi mengakhiri krisis di Myanmar,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Malaysia akan mengambil langkah inklusif dan pelbagai serampang bagi mendekati semua pihak di Myanmar, selain melibatkan China dan India dalam perbincangan ke arah mencari jalan penyelesaian berkekalan serta selaras dengan aspirasi rakyat Myanmar sendiri.

“Malaysia kekal komited dan akan bekerjasama rapat dengan negara anggota ASEAN yang lain, rakan-rakan dialog luar serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang berkenaan,” katanya.

Tambahnya, kerajaan berazam untuk menjadikan ASEAN sebagai platform kukuh demi kepentingan strategik dan pembangunan berterusan bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan akan membawa manfaat jangka panjang buat negara serta anggota kesatuan itu.

“Malaysia bertekad untuk mengutamakan usaha-usaha melalui dialog dan diplomasi berlandaskan prinsip kepusatan ASEAN atau ‘ASEAN Centrality’ ke arah rantau yang aman, stabil, selamat dan makmur,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya