Pang Ron-Su Yin cipta sejarah mara ke final China Masters

Pang Ron-Su Yin cipta sejarah mara ke final China Masters

HOO Pang Ron-Cheng Su Yin menewaskan pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 21-14, 17-21, 21-19 pada aksi separuh akhir China Masters di Shenzhen. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin melakar sejarah tersendiri dalam karier mereka apabila membuat penampilan kali pertama di perlawanan akhir, China Master di Arena Shenzhen, esok.

Terdahulu, pasangan No. 23 dunia itu mara ke final selepas menewaskan pilihan ketiga dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 21-14, 17-21, 21-19 pada aksi separuh akhir, hari ini.

Untuk rekod, ini merupakan pencapaian tertinggi mereka ketika mula digandingkan bersama sejak November lalu selepas terkandas sebanyak dua kali di separuh akhir di Terbuka Macau dan Orleans Masters.

Pang Ron-Su Yin bakal mengharungi ujian getir apabila dijadualkan bertemu wakil tuan rumah yang juga pilihan utama kejohanan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping bagi perebutan gelaran juara, esok.

Pasangan China itu mara ke final selepas menewaskan beregu utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 21-18, 21-13 pada satu lagi pertembungan separuh akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya