Nurqayyum raih gangsa Kejohanan Terjun Remaja Dunia

Nurqayyum raih gangsa Kejohanan Terjun Remaja Dunia

PENERJUN negara, Nurqayyum Nazmi Nazim meraih pingat gangsa acara 3 meter (m) papan anjal lelaki dengan catatan 506.75 mata pada Kejohanan Terjun Remaja Dunia 2024 di Rio de Janeiro, Brazil, hari ini. - IHSAN PERSEKUTUAN RENANG MALAYSIA (MAS)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nurqayyum Nazmi Nazim berjaya menamatkan penantian 18 tahun negara menaiki podium pada Kejohanan Terjun Remaja Dunia 2024 selepas meraih pingat gangsa menerusi acara 3 meter (m) papan anjal lelaki, awal pagi tadi.

Penerjun berusia 18 tahun itu menduduki carta ketiga selepas mengutip 506.75 mata pada acara akhir yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil.

Rakan senegaranya, Yong Rui Je menamatkan saingan di tempat ke-10 daripada 12 peserta yang bertanding dengan mengutip 440.30 mata.

Pingat emas menjadi milik penerjun China, Yan Xin selepas menampilkan aksi yang cemerlang dengan catatan 546.60 mata, manakala atlet Norway, Isak Borslein membawa pulang pingat perak (508.35 mata).

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat pada kejohanan terbabit adalah pada edisi 2006 di Kuala Lumpur, menerusi Elizabeth Jimie yang merangkul emas manakala pengarah teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas meraih gangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya