BARCELONA: Pelumba Ducati Pramac, Jorge Martin akhirnya bergelar juara dunia MotoGP 2024 selepas menamatkan perlumbaan terakhir kejuaraan, Grand Prix (GP) Solidariti Barcelona di tempat ketiga yang dimenangi oleh pencabar terdekat, Francesco Bagnaia.
Hadir di litar de Barcelona Catalunya dengan kelebihan 19 mata dan hanya perlu menamatkan perlumbaan dalam sembilan teratas untuk mengesahkan kejuaraan sekiranya Bagnaia memenangi perlumbaan berkenaan.
Bagnaia yang mesra disapa Pecco mengerahkan segala tenaga usahanya untuk merebut gelaran dunia ketiga dalam kariernya yang mana GP terakhir musim ini menjadi kemenangan ke-11 untuknya dalam musim ini.
Bagaimanapun, keseluruhan jumlah sebanyak 32 podium dalam perlumbaan utama serta pecut memastikan juara dunia menjadi miliknya dengan kelebihan 10 mata.
Pada GP Barcelona, pelumba Ducati Gresini, Marc Marquez yang bakal menjadi rakan sepasukan Bagnaia musim depan muncul di tempat kedua pada perlumbaan terbabit. – AGENSI