Manusia patut kawal senjata nuklear, bukan AI - Utusan Malaysia

Manusia patut kawal senjata nuklear, bukan AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping bersetuju manusia yang perlu membuat keputusan berhubung penggunaan senjata nuklear dan bukan kecerdasan buatan (AI).

Rumah Putih menerusi kenyataan memaklumkan kenyataan itu menandakan buat kali pertama kedua-dua pemimpin negara membuat pengisytiharan sedemikian.

“Kedua-dua pemimpin itu mengesahkan keperluan untuk mengekalkan kawalan manusia terhadap keputusan menggunakan senjata nuklear.

“Kedua-dua pemimpin itu juga menekankan keperluan untuk mempertimbangkan dengan teliti potensi risiko dan membangunkan teknologi AI dalam bidang ketenteraan dengan cara yang berhemah dan bertanggungjawab,” kata kenyataan itu. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya