KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berganjak dengan keputusan menghantar tentera pengaman Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) susulan insiden serangan berhampiran Stadium Saida, Lubnan, kelmarin yang mengakibatkan enam anggotanya cedera. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman berkata, pasukan tentera itu hanya berundur jika menerima arahan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk berbuat demikian. Justeru, anggota MALBATT 850 tetap berada di Lubnan sepertimana arahan sebelum ini. “Pendirian kita tidak berubah. MALBATT 850 tetap berada di Lubnan sebagaimana pengarahan semasa. ATM hanya berundur apabila mendapat pengarahan daripada PBB,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya