Malaysian Tigress kutip mata pertama di ACT 2024

Malaysian Tigress kutip mata pertama di ACT 2024

SKUAD wanita kebangsaan meraikan jaringan ketika menentang Korea Selatan pada aksi ketiga Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2024 di Stadium Hoki Rajgir, India, hari ini. - IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan hoki wanita kebangsaan berjaya mencatat kemenangan pertama selepas bangkit menewaskan Korea Selatan 1-2 pada aksi ketiga Piala Juara-juara Asia (ACT) 2024 di Stadium Hoki Rajgir, India, sebentar tadi.

Pada aksi yang mendebarkan itu, pasukan Korea Selatan membuka jaringan seawal minit ke-15 menerusi gol padang Eunbi Cheon dan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan, Malaysian Tigress mengubah strategi permainan kepada lebih agresif apabila Zati Alyani Muhammad Zubir berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang pada minit ke-36.

Masa semakin suntuk, Malaysian Tigress enggan mengalah apabila Nur Shamine Azureen Mohammed Badusha berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-51 sekali gus mengutip mata pertama untuk negara pada kejohanan terbabit.

Kelmarin, skuad wanita negara terpaksa akur dengan kehebatan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, China apabila tumpas 5-0 pada aksi kedua ACT 2024.

Pada aksi pembukaan, Malaysia bermula hambar apabila tumbang kepada India 0-4 yang merupakan juara bertahan edisi lalu.

Malaysia seterusnya dijadualkan bakal berdepan menentang Jepun pada aksi keempat ACT 2024 pada hari Sabtu pukul 2.45 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya