Malaysia Tigers sedia benam Korea Selatan

Malaysia Tigers sedia benam Korea Selatan

AKSI Pemain Malaysia Tigers (biru) ketika menentang Malaysia Speedy pada perlawanan separuh akhir Piala Mirnawan 2024, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, kelmarin.-UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Malaysia Tigers, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin menghamburkan pujian kepada pemainnya apabila berjaya mara ke final Piala Mirnawan 2024.

Bagaimanapun, Malaysia Tigers terpaksa berdepan detik mendebarkan sebelum mengesahkan slot mereka ke pentas akhir apabila menundukkan Malaysia Speedy 3-1 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

“Alhamdulillah, kualiti permainan yang ditunjukkan pada hari ini (semalam) amat tinggi dan kita boleh saksikan pemain di peringkat pembangunan dapat menunjukkan kualiti mereka dalam aksi separuh akhir.

“Tahniah kepada pasukan kerana mengekalkan disiplin dan menunjukkan peningkatan yang bagus. Saya telah berpesan kepada mereka sama ada menang atau kalah, matlamat kita nak dapatkan permainan berkualiti di pentas antarabangsa,” katanya kepada pemberita semalam.

Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Malaysia Tigers berada di depan selepas Muhammad Ashrafeel Iman menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-31.

Bagaimanapun lawan menyamakan kedudukan hasil gol padang Amran Kashimi Ahmad Kamil pada minit ke-60 untuk mengheret ke aksi penentuan penalti dan mengulas lanjut, Izwan akui pemainnya hilang fokus menyebabkan mereka dibolosi pada minit akhir.

“Biasanya pemain sudah hilang fokus namun saya mengingatkan mereka agar kembali fokus hingga ke penentuan penalti,” katanya.

Malaysia Tigers di jadual menentang Korea Selatan dalam aksi final di venue yang sama pada hari ini dan Izwan mereka sudah bersedia untuk menghadapi lawan itu buat kali kedua di kejohanan ini.

“Sebelum ini kami tewas 3-1 kepada mereka dan kami telah bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi Korea Selatan. Penjaga gol mereka bagus jadi kami perlu fokus untuk tembusi gawang lawan dari sudut yang bersesuaian,” katanya.

Penentuan tempat ketiga menyaksikan Austria menentang Malaysia Speedy di venue yang sama pada hari ini.-UTUSAN

 

JADUAL
Piala Mirnawan 2024
HARI INI
Final
Wanita
Queensland lwn Jepun
(Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 4 petang)
Lelaki
Korea Selatan lwn Malaysia Tigers
(Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil,6 petang)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya