Mahmoud Abbas pilih Rawhi Fattouh jadi Presiden sementara

Mahmoud Abbas pilih Rawhi Fattouh jadi Presiden sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas, akhirnya menamakan pengganti selepas bertahun-tahun menangguhkan Pilihan Raya Presiden di Tebing Barat yang diduduki.

Abbas mengeluarkan dekri yang menyatakan Presiden Majlis Kebangsaan Palestin, Rawhi Fattouh akan dilantik sementara sebagai penggantinya, jika jawatan Presiden PA kosong.

Perkara itu dinyatakan dalam bacaan dekri yang diterbitkan oleh saluran berita Palestin, Wafa.

Dekri itu menyebut, Abbas membuat keputusan tersebut kerana kepercayaan dan kesedaran terhadap fasa rumit dalam sejarah tanah air serta perjuangan Palestin.

Jika Fattouh menjadi Presiden sementara, beliau akan berkhidmat selama 90 hari sehingga pilihan raya diadakan, selaras undang-undang pilihan raya Palestin.

Fattouh pernah berkhidmat sebagai Presiden sementara Palestin pada 2004 berikutan kematian Yasser Arafat sehingga Abbas dipilih pada Januari 2005.

Beliau juga pernah menjadi Speaker Majlis Perundangan Palestin (PLC), yang bertindak sebagai Parlimen.

Bagaimanapun, pilihan Abbas terpalit kontroversi memandangkan Fattouh pernah terlibat dalam skandal rasuah pada 2008, apabila beliau ditahan di persimpangan Allenby antara Jordan dan Israel dengan 3,000 telefon bimbit di dalam keretanya.

Menurut The Jerusalem Post, Fattouh didakwa menyeludup telefon tersebut, yang bernilai ratusan ribu dolar, dan menggunakan pas VIP yang dikeluarkan Israel untuk memudahkannya melalui persimpangan itu.

Sumber kanan Palestin memberitahu Haaretz, Abbas didesak untuk mengumumkan persaraannya atau memilih pengganti sekiranya beliau tidak lagi mampu menjalankan tugas.

Abbas dilihat sebagai tokoh yang sangat tidak popular dalam kalangan rakyat Palestin.

Pelantikan beliau ke jawatan Presiden juga bertepatan dengan peningkatan penindasan terhadap kebebasan individu di Tebing Barat.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya