Mahkamah benarkan Musk bagi AS$1 Juta kepada pengundi

Mahkamah benarkan Musk bagi wang AS$1 Juta kepada pengundi

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHILADELPHIA: Mahkamah di Pennsylvania memutuskan Elon Musk boleh meneruskan pemberian AS$1 juta kepada pengundi, dalam keputusan yang memihak kepada bilionair teknologi dan sekutu Donald Trump itu.

Walaupun begitu, kesan praktikal keputusan ini adalah terhad dan lebih bersifat simbolik kerana pemberian tersebut dijadualkan tamat pada pilihan raya, hari ini.

Hakim Mahkamah Philadelphia, Angelo Foglietta menolak hujah yang dibawa oleh Peguam Daerah Philadelphia, Larry Krasner, yang menyifatkan pemberian tersebut sebagai loteri haram yang melanggar undang-undang negeri dan perlu dihentikan segera.

Keputusan ini diumumkan selepas sesi pendengaran sehari di mahkamah yang dipenuhi orang ramai di pusat bandar Philadelphia.

Krasner memfailkan tuntutan tersebut seminggu lalu dan walaupun terdapat tindakan undang-undang daripada Krasner serta amaran dari Jabatan Kehakiman, pemberian wang tersebut mungkin melanggar undang-undang Pilihan Raya Persekutuan, pemberian harian oleh PAC pro-Trump, Musk masih diteruskan.

Musk dan pasukan peguamnya menyifatkan tuntutan Krasner sebagai ‘gimik publisiti’ dan menuduh Krasner memfailkan kes tersebut kerana tidak bersetuju dengan sokongan politik Musk terhadap Trump.

Dalam sesi pendengaran tersebut, Krasner turut memberi keterangan pihaknya berhasrat untuk menuntut pampasan daripada Musk atau PAC-nya bagi pihak ‘mangsa’ yang didakwa tertipu sebagai loteri haram.

Dalam sesi hujahan di mahkamah, peguam Musk mengakui PAC tersebut tidak memilih pemenang ‘secara kebetulan.’

“Tiada hadiah untuk dimenangi,” kata peguam Musk, Chris Gober, sambil menjelaskan pemenang tidak dipilih secara kebetulan.

Sebaliknya, Gober menyatakan hadiah itu sebenarnya adalah bayaran kepada penerima sebagai jurucakap PAC tersebut dan penerima AS$1 juta itu dipilih berdasarkan kesesuaian mereka sebagai jurucakap untuk Amerika PAC.

Jabatan Kehakiman telah memberi amaran kepada PAC pro-Trump mengenai pemberian tersebut mungkin melanggar undang-undang pilihan raya persekutuan yang melarang pemberian wang atau hadiah sebagai dorongan untuk mendaftar sebagai pengundi.

“Keterangan ini menunjukkan PAC tersebut melihat pemberian itu sebagai dorongan untuk menggalakkan pendaftaran pengundi, yang boleh melanggar undang-undang persekutuan,” kata Penyelidik Undang-Undang Pilihan Raya dari University of Notre Dame, Derek Muller -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya