Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan di Tebing Barat

Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan di Tebing Barat

KENDERAAN berperisai tentera Israel menyerbu sepanjang jalan di Tulkarm, dalam operasi ketenteraan di utara Tebing Barat pada 29 Ogos lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Seramai tiga rakyat Palestin terbunuh dalam operasi tentera Israel berhampiran Jenin di Tebing Barat pada Selasa, kata Pasukan Keselamatan Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin dan Bulan Sabit Merah melaporkan dua orang lagi terbunuh dalam operasi Israel di Jenin, manakala, sembilan yang lain cedera akibat tembakan atau tembakan dron.

Tentera Israel belum mengaku melancarkan operasi di Jenin.

Sebelum itu, kenyataan bersama daripada tentera, polis dan agensi keselamatan Shin Bet berkata, tiga pejuang maut dalam pertempuran di Qabatiyah, ketika polis sempadan yang menyamar cuba menahan seorang lelaki yang dikehendaki.

Tentera Israel diserang dari bangunan tempat suspek, Raed Hanaysha bersembunyi, sebelum membunuhnya dan dua yang lain.

Tentera Israel berkata, pihaknya merampas senjata dari tempat kejadian, memusnahkan dua makmal membuat bom dan pasukannya masih aktif di kawasan itu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya