KUALA LUMPUR: Pendatang baru dalam saingan bola sepak Liga Super Super Wanita Kuala Lumpur (KLWSL) 2024, Kelab Bola Sepak Bandar Tun Razak (BTRFC) memulakan aksi sulung dengan kemenangan besar 8-1 ke atas Strenen dalam perlawanan Kumpulan A yang berlangsung di Padang Padang Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras semalam.
Nur Farah Wahida muncul wira BTRFC apabila berjaya meledak enam gol buat pasukannya yang jelas bukan tandingan buat Strenen yang hanya berupaya meraih gol sagu hati pada minit ke 54 menerusi sepakan penalti disempurnakan Sherra Khamis.
Nur Farah hanya memerlukan tiga minit untuk membuka tirai jaringan buat BTRFC apabila bijak memperdayakan pertahanan lawan yang sukar membendung kelincahan pemain ini yang sentiasa menjadi duri dalam dagiung buat pertahanan Strenen.
Belum sempat Strenen bangkit, Angela Anak Kais menambah gol kedua minit ke-11 yang berpunca daripada gerakan serang balas pantas BTRFC yang berjaya memerangkap benteng lawan yang tampak alpa.
Selepas itu BTR terus mendominsi perlawanan dengan empat gol berturut-turut Nur Farah pada minit 21,27,31 dan 46 sebelum Sherra merapatkan jurang gol buat Strenen.
Namun selepas itu, BTR terus menembusi benteng dan jaring lawan menerusi jaringan Azza Harmiza, sebelum Nur Farah menambah jaringan peribadi keenamnya pada minit ke-76 perlawanan.
Dalam pada itu satu lagi aksi Kumpulan A di Padang HUKM menyaksikan Wangsa Maju City menewaskan KL Sunbears 5-0,.
Manakala aksi Kumpulan B yang berlangsung di Kompleks MSN Setiawangsa menyaksikan Setiawangsa Rangers menewaskan Kelantan 3-1 dan Mixstar menewaskan Galaxy Social Team 2-1.-UTUSAN