Letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki ragut lapan nyawa

Letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki ragut lapan nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUPANG: Seramai lapan orang dilaporkan terkorban akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki yang disertai hamburan debu panas di Wulanggitang, Flores Timur, pagi tadi.

Ketua Jabatan Komunikasi dan Informasi (Kominfo) Flores Timur, Hery Lamawuran, mengesahkan jumlah korban tersebut.

“Saat ini, berdasarkan identifikasi, lapan orang disahkan meninggal dunia akibat terkena material letusan gunung berapi,” katanya ketika dihubungi dari Kupang, hari ini.

Letusan yang berlaku sekitar pukul 2.48 pagi waktu tempatan itu turut direkodkan di seismogram dengan amplitud maksimum 17 milimeter dan tempoh gegaran sekitar tiga minit lima saat, menurut laporan Badan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG).

Bagaimanapun, ketinggian kepulan abu akibat letusan tersebut tidak dapat disahkan.

Selain kes kematian, Hery turut memaklumkan sejumlah rumah penduduk dan bangunan sekolah turut terbakar akibat hamburan debu panas dari letusan tersebut.

“Kami masih menunggu data rasmi mengenai jumlah rumah atau bangunan yang terjejas, namun terdapat laporan sebuah sekolah turut terbakar,” jelasnya lagi.

Tambahnya, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga, memandangkan status Gunung Lewotobi Laki-Laki kini telah dinaikkan dari tahap awas kepada tahap bersiap siaga.

PVMBG sebelum ini menaikkan status gunung tersebut dari tahap awas kepada tahap siap siaga bermula tengah malam Ahad, berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi yang signifikan berdasarkan pemantauan visual dan instrumental sejak 23 Oktober hingga 3 November, menurut Ketua PVMBG, P. Hadi Wijaya, dalam satu kenyataan di Kupang.

“Pemantauan menunjukkan peningkatan ketara dalam aktiviti Gunung Lewotobi Laki-Laki,” tambah beliau. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya