Lelaki kritikal ditikam di Westminster Bridge - Utusan Malaysia

Lelaki kritikal ditikam di Westminster Bridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai ditikam akibat pergaduhan di Westminster Bridge, tengah London, menurut Polis Metropolitan.

Pasukan kecemasan, termasuk Perkhidmatan Ambulans London dan sebuah helikopter ambulans, bergegas ke lokasi kejadian sekitar pukul 10.45 pagi waktu tempatan, pada Ahad.

Mangsa yang cedera parah segera dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Jurucakap Perkhidmatan Ambulans London berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.46 pagi waktu tempatan berhubung satu insiden di kawasan sekitar Westminster Bridge.

“Kami menggerakkan beberapa pasukan termasuk kru ambulans, seorang paramedik pakar, pegawai tindak balas insiden, serta helikopter ambulans London. Mangsa dirawat di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital,” katanya.

Menurut laporan BBC, tiga individu ditahan atas dakwaan cubaan membunuh, manakala seorang lagi ditahan atas kesalahan mencetuskan pergaduhan.

Polis turut memaklumkan dua daripada suspek yang ditahan mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan turut dirawat di hospital.

Pihak berkuasa mengesahkan insiden itu tidak dikaitkan dengan keganasan.

Pada Mac 2017, Westminster Bridge pernah menjadi lokasi serangan berdarah apabila Khalid Masood, seorang warga Britain, merempuh pejalan kaki dengan kenderaan sehingga menyebabkan lebih 50 orang cedera termasuk empat maut.

Masood kemudiannya menikam mati seorang anggota polis sebelum ditembak oleh pegawai bersenjata dan meninggal dunia di lokasi kejadian. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya