JAKARTA: Seorang lelaki berusia 27 tahun ditemukan maut di dalam bilik air di Jalan Agung Utara V, Tanjung Priok, Jakarta Utara, pada malam Sabtu.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit asma yang dideritainya, lapor Kompas.com.
Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Ade Ary Syam Indradi berkata, mangsa ditemukan oleh rakannya.
“Berdasarkan kenyataan saksi, dia dan mangsa sempat berkomunikasi secara online, Selasa lalu.
“Selepas empat hari tiada respons daripada mangsa, dia kemudian datang ke rumah mangsa,” katanya.
Sebaik tiba di lokasi, saksi mengetuk pintu bilik mangsa, namun tiada respons.
Saksi kemudian mengumpil tingkap bilik mangsa dan terlihat mangsa di dalam bilik air dengan posisi duduk.