AMMAN: Seorang lelaki bersenjata maut dan tiga anggota polis cedera dalam kejadian tembakan berhampiran kedutaan Israel di Jordan, kata sumber keselamatan dan media negara hari ini. Menurut agensi berita, Petra, polis menembak suspek bersenjata yang melepaskan tembakan ke arah peronda polis di kejiranan Rabiah di Amman. Terdahulu, polis Jordan mengepung kawasan berhampiran kedutaan yang dikawal ketat selepas bunyi tembakan kedengaran, kata saksi. Dua saksi berkata, polis dan ambulans bergegas ke kawasan kejiranan Rabiah, yang menjadi lokasi kedutaan tersebut. Kawasan itu sering menjadi tumpuan demonstrasi menentang Israel. Kerajaan Jordan menyaksikan beberapa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya