NEW YORK: Lebih 250,000 pembaca The Washington Post membatalkan langganan digital sejak akhbar itu mengumumkan tidak memihak mana-mana calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS). Keputusan pertama kali yang diumumkan Jumaat lalu, oleh penerbitnya, Will Lewis mengakibatkan akhbar itu kehilangan kira-kira 10 peratus pelanggan digitalnya, Selasa lalu. Angka itu tidak mengambil kira mana-mana pelanggan baharu yang mungkin telah ditambah atau mana-mana pembaca yang melanggan semula. Keputusan yang memecahkan tradisi selama beberapa dekad, kurang seminggu sebelum pilihan raya turut menyebabkan tokoh berprofil tinggi dan bekas kakitangan membatalkan langganan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya